Orang ramai memakai pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19 ketika membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada 10 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Ketetapan baharu pemakaian pelitup muka diumum Rabu ini

SHAH ALAM, 4 SEPT: Ketetapan baharu berhubung pemakaian pelitup muka akan diumum selewat-lewatnya Rabu ini, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaludin berkata syor daripada pakar mengenai perkara itu sudah diterima pihaknya minggu lalu, lapor Berita Harian.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesihatan Awam yang dipengerusikan oleh saya minggu lalu. Saya sudah terima syor daripada pakar-pakar kita dan masih lagi mengumpul maklum balas pandangan daripada orang ramai.

“Minggu depan saya akan umumkan mengenai pemakaian pelitup muka. Saya akan umumkan menjelang Rabu ini,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022.

 


Pengarang :