Klinik Kesihatan Parit Baru di Jalan Masjid Kampung Parit Baru, Sabak Bernam musnah dalam kebakaran pada 13 September 2022. Foto Ihsan Bomba Selangor
AGENDANASIONAL

Klinik Kesihatan Parit Baru di Sabak Bernam musnah terbakar

SHAH ALAM, 13 SEPT: Klinik Kesihatan Parit Baru di Jalan Masjid Kampung Parit Baru, Sabak Bernam, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata kejadian kira-kira jam 3.49 pagi itu dilaporkan orang awam yang melihat api di klinik berkenaan, lapor portal Berita Harian.

Maklum Norazam Khamis, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan dan Hutan Melintang dihantar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dengan anggaran kemusnahan 70 peratus dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 4.23 pagi,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam memaklumkan susulan kejadian tersebut, orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan diminta ke Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar.

“Bagi pesakit ibu dan anak pula boleh mendapatkan rawatan di Klinik Desa Teluk Rhu,” maklumnya menerusi Facebook.

Klinik Kesihatan Parit Baru di Jalan Masjid Kampung Parit Baru, Sabak Bernam musnah dalam kebakaran pada 13 September 2022. Foto Ihsan Bomba Selangor

Pengarang :