Orang ramai hadir ketika Jelajah Harapan Selangor di Kampung Permatang Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Konvensyen HARAPAN di Perak 29 Oktober, semarak semangat rakyat hadapi PRU

SHAH ALAM, 22 SEPT: Konvesnyen Pakatan Harapan (HARAPAN) dijadual berlangsung di Perak pada 29 Oktober depan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangannya Teo Nie Ching susulan keputusan mesyuarat gagasan berkenaan, semalam.

“Majlis Presiden HARAPAN yang bermesyuarat semalam telah memutuskan untuk mengadakan Konvensyen HARAPAN yang akan diadakan di Perak pada 29 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, turut diputuskan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebagai Pengarah Konvensyen HARAPAN kali ini.

Sementara itu, Nie Ching memaklumkan siri jelajah HARAPAN dan ceramah perdana pimpinan utama diadakan sehari sebelum konvensyen berkenaan.

Membabitkan kawasan Parlimen Tambun, Lumut, Tapah dan Parit Buntar, program berkenaan bertujuan merapatkan saf serta menyemarakkan semangat rakyat menghadapi pilihan raya umum ke -15.


Pengarang :