Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memunggah bekalan makanan dan minuman untuk diedarkan kepada mangsa banjir di Dewan Dahlia Seksyen 24 Shah Alam pada 19 Disember 2021. Foto Twitter MBSA
AGENDANASIONAL

KPDNHEP rangka pelan pastikan bekalan makanan cukup ketika bah

SHAH ALAM, 18 SEPT: Satu pelan tindakan khusus sudah dirangka bagi memastikan bekalan makanan mencukupi ketika musim banjir pada hujung tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pelan bawah jawatankuasa khas kementerian itu turut disertai pelbagai agensi lain bagi memastikan ia berjalan lancar, lapor Berita Harian.

Beliau turut mengakui, musim tengkujuh amat mencabar dan pihaknya bagaimanapun tidak dapat menjamin keseluruhan bekalan makanan tidak terjejas.

“Untuk menjamin bekalan cukup 100 peratus memang sukar dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tetapi kami akan membuat pemantauan rapi untuk memastikan bekalan ada,” katanya.
dalam satu program di Serian, Sarawak, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan bermula pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar.


Pengarang :