Orang ramai mendapatkan maklumat mengenai STDC pada program Jelajah Selangor Penyayang di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lepasan SPM diajak sertai jelajah pendidikan teknikal di Gombak esok

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa mengikuti Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang di Gombak esok dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Program anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bertempat di Perpustakaan Daerah Gombak.

Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan diri dan ibu bapa serta salinan keputusan SPM.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-3281 2621 atau mesej ke aplikasi WhatsApp di 019-3424 1111.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mempelawa lepasan SPM menyertai Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang STDC-TVET yang menawarkan peluang belajar beserta biasiswa oleh Kerajaan Negeri.

“Inisiatif pendidikan ini merupakan antara usaha jaminan pekerjaan masa depan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Instagram.

Tarikh dan lokasi program seperti berikut:


Pengarang :