Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 23 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka di negeri lain melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Kuala Lumpur, Putrjaya, Perlis dan Perak.

Situasi sama diramal di Kedah melibatkan Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempoh dan Tampin) serta Johor (Segamat).

Manakala Ssarawak di Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis dan Miri) dan Limbang selain Sabah di Pedalaman (Braufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :