AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lori PKPS bawa barangan harian harga murah jelajah seluruh Selangor

SHAH ALAM, 6 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah menjelajah ke sembilan daerah setiap hari hingga hujung tahun ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi poster di Facebook memaklumkan, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Agensi itu turut memaklumkan, maklumat lokasi lori berkenaan mengikut hari boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

Sebelum ini, pengurus kanan pemasarannya berkata inisiatif jualan murah itu dibuat melalui lori bergerak dalam program bersama wakil rakyat setempat ke160 lokasi.

Md Fazir Abdul Latif menganggarkan jualan hingga RM10,000 bagi setiap lokasi membabitkan bekalan 10,000 ayam, 3,100 kg daging segar, 6,200 kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B untuk dijual sepanjang program berkenaan.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :