Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna MBPJ, Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lori PKPS bawa barangan murah jelajah sembilan lokasi lagi esok

SHAH ALAM, 19 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah meneruskan jelajahnya ke sembilan lagi lokasi di beberapa daerah esok.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung jam 9 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Berikut senarai lokasi lori JER :

  • Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Air Tawar (Sabak Bernam)
  • Taman Arowana Perdana, Sungai Burong (Sabak Bernam)
  • Pekan Pasir Panjang (Sabak Bernam)
  • Dewan Orang Ramai Kampung Seri Tiram Jaya (Kuala Selangor)
  • Flat Taman Nirwana (Hulu Langat)
  • Flat Permai Ria, Teratai (Hulu Langat)
  • Sungai Al-Mansuriah, Semenyih (Hulu Langat)
  • Parkir Jalan Nova U5/M, Kota Damansara (Petaling)
  • Dewan Dato Hormat Kampung Seri Cheding (Kuala Langat)

Maklumat lokasi jelajah lori berkenaan juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

Inisiatif jualan murah PKPS melalui lori dianjurkan menerusi program bersama wakil rakyat setempat ke 160 lokasi hingga hujung tahun ini.

Bermula minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya  Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata pihaknya menambah kuantiti sebahagian daripada enam barangan jualan di sesetengah lokasi jelajah bagi memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :