Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lori PKPS bawa barangan murah terjah sembilan lokasi lagi esok

SHAH ALAM, 23 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah meneruskan jelajahnya ke sembilan lagi lokasi di beberapa daerah esok.

Jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung jam 9 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Inisiatif jualan murah PKPS melalui lori dianjurkan menerusi program bersama wakil rakyat setempat ke 160 lokasi hingga hujung tahun ini.

Berikut senarai lokasi lori JER mengikut Dewan Undangan Negeri :

  • Dataran Tonggak 9, Sungai Besar (Sungai Panjang)
  • Jalan Bagan, Sekinchan (Sekinchan)
  • Pusat Desa Kg Sungai Gulang-Gulang (Permatang)
  • Pusat Desa Kg Raja Musa (Permatang)
  • Flat Taman Bakti (Pandan Indah)
  • Medan Selera Teratai (Teratai)
  • Masjid Raja Muda Musa (Semenyih)
  • Tapak Pasar Tani, Seksyen 3 (Kota Damansara)
  • Parkir Taman Tasik Seksyen 7 (Kota Anggerik)

Maklumat lokasi jelajah lori berkenaan juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

Kakitangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyusun barangan jualan ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 18 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Bermula minggu ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata pihaknya menambah kuantiti sebahagian daripada enam barangan jualan di sesetengah lokasi jelajah bagi memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat.

Pada 25 Julai lalu, EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat menerima manfaat melalui program berkenaan.


Pengarang :