AGENSISELANGOR

LZS saran orang ramai lunas zakat pendapatan, bantu lebih ramai individu memerlukan

SHAH ALAM, 30 SEPT: Orang ramai disaran melunaskan zakat pendapatan sebelum berakhirnya 2022 bagi membolehkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan kepada lebih ramai individu yang memerlukan.

Agensi itu memaklumkan kiraan taksiran dan bayaran zakat pendapatan yang tepat boleh dilakukan menerusi pautan www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

“Pastikan anda tunai Zakat Pendapatan sebelum berakhirnya 2022 bagi melayakkan anda untuk mendapat rebat cukai pendapatan sehingga 100 peratus,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, LZS menyarankan pengeluar zakat untuk melakukan pembayaran secara bulanan bagi membantu institusi itu menampung keperluan agihan zakat kepada golongan asnaf.

Menurutnya, hanya 23 peratus daripada keseluruhan pembayar zakat masih membayar dengan jumlah sama selama bertahun-tahun tanpa melakukan pentaksiran semula zakat mereka.

Setakat Julai, sekitar 65,000 keluarga asnaf terdiri daripada golongan fakir, miskin dan mualaf menerima bantuan zakat daripada LZS secara bulanan.


Pengarang :