Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan buku Pilihan Raya Negeri Selangor sempena Kongres Nasional Ke-16 KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor umum anggota sesi 2022-2025

SHAH ALAM, 22 SEPT: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor mengumumkan pelantikan anggota bagi sesi 2022 hingga 2025.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata pelantikan tersebut mendapat persetujuan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Fasal 27.5 perlembagaan parti.

Dalam senarai itu, Majlis Pimpinan dipengerusikan Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Pengerusi Borhan Aman Shah dan tiga Naib Pengerusi Hee Loy Sian, Sivarasa Rasiah dan Rodziah Ismail.

“KEADILAN Selangor juga menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan bersama-sama anggota komponen parti yang lain.

“Di atas perlantikan itu, KEADILAN Selangor menyatakan kesediaan untuk memasuki pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata KEADILAN Selangor akan memperhebat gerak kerja termasuk membantu rakyat ketika menghadapi musim tengkujuh yang dijangka hujung tahun ini.

“Sehubungan itu, seluruh cabang KEADILAN Selangor diarahkan untuk memasuki fasa terakhir persiapan jentera bagi menghadapi PRU15,” katanya.

Berikut senarai penuh anggota MPN Selangor:

  • Dato’ Seri Amirudin Shari (Pengerusi)
  • Borhan Aman Shah (Timbalan Pengerusi)
  • Hee Loy Sian (Naib Pengerusi 1)
  • Sivarasa Rasiah (Naib Pengerusi 2)
  • Rodziah Ismail (Naib Pengerusi 3)
  • Muhammad lzuan Ahmad Kasim (Naib Pengerusi – Ketua AMK)
  • Rozana Zainal Abidin (Naib Pengerusi – Ketua Wanita)
  • Mohd Khairuddin Othman (Setiausaha)
  • Elizabeth Wong (Bendahari)
  • Halimey Abu Bakar (Ketua Penerangan)
  • Saifuddin Shafi Muhammad (Setiausaha Pengelola)
  • Azmizam Zaman Huri (Pengarah Komunikasi)
  • Mohd Yahya Mat Sahri (Pengarah Operasi Pilihanraya)
  • Dr Yaakob Sapari (Pengarah Strategi)
  • Juwairiya Zulkifli (Ex-Officio)

Pengarang :