Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) menyerah surat lantikan kepada Tan Sri Mazlan Mansor (kiri) sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) sambil disaksikan Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar. Foto ihsan Mais
AGENSISELANGOR

Mazlan Mansor dilantik pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yide

SHAH ALAM, 27 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan melantik Tan Sri Mazlan Mansor sebagai pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melantik Mazlan yang juga anggota Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 6 September lalu, yang berkuatkuasa 16 Julai 2022 hingga 31 Disember 2023.

Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan Mazlan berdasarkan pertimbangan kapasiti jaringan sosial yang dimiliki sebagai bekas timbalan ketua polis negara.

Terdahulu, surat penyerahan lantikan itu disempurnakan Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan turut dihadiri Ahmad Shahir.

Yide merupakan anak syarikat di bawah seliaan Mais yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim di Selangor, pengurusan sumbangan musibah dan menyediakan perkhidmatan hemodialisis, Pusat Dialisis Mais.

 


Pengarang :