Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 45,000 individu sertai saringan kesihatan percuma, libat belanja RM3.1 juta

SHAH ALAM, 22 SEPT: Program Selangor Saring mendapat sambutan amat menggalakkan apabila seramai 45,000 individu menyertai inisiatif tersebut sejak dilancarkan Mei lalu.

Dato’ Menteri Besar berkata jumlah penyertaan program saringan kesihatan percuma yang berakhir 11 September itu turut melebihi sasaran 31,000 individu yang ditetapkan.

Maklum Dato’ Seri Amirudin Shari, daripada jumlah tersebut seramai 4,809 individu disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.1 juta supaya program ini dapat dilaksanakan di seluruh negeri.

“Kerajaan Negeri akan terus mengutamakan agenda kesihatan dan kebajikan rakyat Selangor,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

 


Pengarang :