Sukarelawan bergotong-royong membaiki jalan rosak yang menghubungkan Bandar Puncak Alam dan Kampung Bukit Hijau, Jeram pada 2 Januari 2021. Foto ADN Jeram Mohd Shaid Rosli
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB galak orang ramai lapor jalan rosak di Twitter

SHAH ALAM, 8 SEPT: Dato’ Menteri Besar menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi aplikasi Twitter.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mereka perlu menghantar gambar dengan menulis aduan dan disertakan tanda pagar #infrasel #daerah #namajalan.

“Proses pelaporan kerosakan jalan raya bagi jalan-jalan negeri di Selangor dipermudahkan dengan hanya menggunakan ‘hashtag’ di Twitter.

“Aduan akan ditapis dan disemak secara automatik sebelum proses pembaikan dijalankan,” katanya di Twitter semalam.

Pada 11 Ogos lalu, Selgem Sdn Bhd (Selgem) memperluas sistem pengurusan aset jalan pintar yang mula beroperasi awal tahun ini ke seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dibangunkan melalui tenaga pakar tempatan, sistem yang dilancar Amirudin pada 16 Mac lalu menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengesanan dan perluasan cahaya (LiDAR).

Ia turut dilengkapi dron pintar dan kamera 360 selain merangkumi proses pengecaman kerosakan jalan seperti lubang secara automatik, pendigitalan aliran kerja dan aduan.


Pengarang :