Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) kepada penerima sambil disaksikan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Gan Pei Nei (kiri). Foto Facebook Yawas
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Negeri cakna kebajikan anak istimewa, naik taraf program bersesuaian

SHAH ALAM, 18 SEPT: Kerajaan Negeri mengutamakan kebajikan anak kelainan upaya (OKU) melalui pelbagai program bantuan Anak Istimewa Selangor (AnIS) sejak empat tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan disalur dalam bentuk kewangan dan program pemberdayaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Sejak 2018, AnIS memperkasa ibu bapa dan penjaga, pendidik, pengusaha institusi serta badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya memberdayakan untuk lebih mampan dan cakna ketika mendepani cabaran dunia ini.

“Selangor merintis inisiatif membantu anak-anak istimewa agar dapat melestarikan pembangunan dan kemakmuran mereka,” tulisnya di Facebook hari ini.

Dalam infografik dikongsikan beliau, sejumlah RM3.36 juta peruntukan disalur tahun lepas bagi melaksanakan AnIS merangkumi bantuan kepada 692 individu selain melatih 2,700 peserta menerusi Akademi AnIS.

Manakala sebanyak 80 pusat Didik AniS dibantu, 26 pelajar diterima di pusat AnIS, 1,200 penerima manfaat bantuan OKU dan 14,006 pengguna mengakses laman sesawang AnIS.

Sementara itu, Amirudin berkata Kerajaan Selangor giat menaik taraf program kebajikan sesuai dengan kemakmuran dan keperluan rakyat.

“Segala usaha jabatan AnIS sangat bertepatan dengan visi Iltizam Selangor Penyayang yang mahu mewujudkan negeri penyayang,” katanya.

Kanak-kanak kelainan upaya mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam ketika tinjauan pada 6 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :