Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengalung pingat emas kepada atlet renang Selangor, Terence Ng Shin Jian sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

MB sampaikan pingat emas kepada atlet renang Selangor

KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Dato’ Menteri Besar menyampaikan pingat emas kepada atlet renang Selangor, Terence Ng Shin Jian yang menjuarai acara 200 meter gaya bebas lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 semalam.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau berpuas hati dengan pungutan pingat yang diperoleh pasukan renang setakat ini dengan satu emas dan dua perak.

“Alhamdulilah renang seperti temasya sebelum-sebelum ini antara sukan yang menyumbang emas cuma kali ini persaingan sangat sengit daripada beberapa negeri.

“Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan kita harapkan sukan ini dapat menyumbang beberapa pingat emas lagi seperti pencapaian sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pingat berkenaan di Pusat Akuatik Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.

Atlet renang Selangor beraksi sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terence memperoleh emas dengan kiraan masa 51.34 saat mengenepikan atlet Wilayah Persekutuan, Bryan Leong Xin Ren ditempat kedua dan atlet Pulau Pinang, Chris Chew Vi Min di tempat ketiga.

Terdahulu, Amirudin meluangkan masa lebih sejam untuk memberi sokongan kepada atlet renang Selangor serta menyampaikan pingat kepada pemenang.


Pengarang :