AGENDANASIONAL

MB ucap takziah pemergian ulama Yusof al-Qaradawi

SHAH ALAM, 26 SEPT: Dato’ Menteri Besar mengucap takziah kepada kepada keluarga Syeikh Dr Yusof al- Qaradawi yang telah pulang ke rahmatullah.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Yusof al-Qaradawi sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa dan pemergiannya sebagai satu kehilangan besat kepada umat Islam seluruh dunia

“Satu kehilangan yang amat besar kepada umat Islam sedunia. Seorang Sheikhul Ummah yang telah banyak berjasa. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum,” maklumnya di Facebook.

Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Isnin. Berita tersebut diumumkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) menerusi Twitter yang menyifatkan dunia Islam kehilangan seorang ulama yang paling disegani.


Pengarang :