Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek berucap sempena majlis penyerahan tajaan kepada atlet luncur ais berirama ke Sukan Olimpik musim sejuk 2030 di Sunway Resort, Petaling Jaya pada 26 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI belanja RM1 juta taja atlet, cungkil bakat sukan ke peringkat tinggi

PETALING JAYA, 26 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukan RM1 juta setahun bagi menaja atlet kelahiran negeri ini memajukan diri dalam bidang sukan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata tajaan tersebut bagi menyokong program sukan serta membantu mencungkil keupayaan seseorang atlet ke peringkat yang paling tinggi.

“Golongan ini amat penting kerana mereka juga menyumbang kepada negeri dan negara, justeri MBI amat menyokong program-program berbentuk sukan.

“MBI memperuntuk RM1 juta setahun untuk tujuan berkenaan dan antara sukan menerima tajaan MBI adalah bola sepak, ragbi  dan terbaru sukan luncur ais,” katanya.

Beliau berkata demkian selepas menyerahkan tajaan RM30,000 kepada atlet sukan luncur ais berirama Sree Abiraame B Chendren di Sunway Piramid Hotel di sini, hari ini.

Pada Jun lalu, MBI turut menaja dua adik-beradik mengikuti program bersama kelab bola sepak divisyen satu Croatia, NK Osijek.

Tajaan diberikan kepada Qaseh Rania Khairul Najib, 12 dan abangnya, Luth Qayyim, 15 yang mengikuti latihan selama dua minggu di kelab berkenaan.


Pengarang :