Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menunjukkan Buku Panduan Intergriti sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah Rakan Perniagaan dan Kumpulan Syarikat MBI di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI lancar Buku Panduan Integriti, komited amal tadbir urus telus

SHAH ALAM, 1 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI  hari ini mengorak langkah dengan melancarkan Buku Panduan Integriti dalam usaha memerangi rasuah.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan Dato’ Menteri Besar sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah Rakan Perniagaan MBI di Dewan Raja Muda Musa, di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu adalah bukti komitmen terhadap tadbir urus yang lebih telus dan berintegriti dalam setiap urusan MBI serta syarikat milikannya.

“Sudah pasti ini satu langkah kedepan yang dilaksana MBI dan langkah tersusun dengan ia dikongsikan dengan rakan niaga agar semua pihak berurusan dengan garis yang ditetapkan.

“Ini tidak lain tidak bukan untuk menjamin keselamatan kepada semua pihak baik yang berurusan dan mengeluarkan perolehan,” katanya.

Sempena majlis itu lebih 1,000 rakan perniagaan dan vendor yang berurusan dengan MBI melafazkan ikrar bebas rasuah diketuai Ketua Tadbir Urus MBI Selangor Anas Sulaiman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek berkata buku panduan berkenaan boleh diakses menerusi laman sesawang MBI.

“Mereka boleh muat turun sendiri di mana ia mengandungi enam polisi berkaitan intergriti yang telah diringkaskan untuk dijadikan panduan buat mereka yang berurusan dengan MBI,” katanya.

Kakitangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan rakan perniagaan melafazkan ikrar sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :