Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kanan) dan Penganjur Kem Cuti Sekolah Artman Masjuki Musuri (tengah) bergambar bersama ibu bapa dan 100 peserta kem berkenaan di Kajang pada 10 September 2022. Foto Facebook CSR MBI Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI taja RM20,000 bawa 25 pelajar sertai kem sempena cuti sekolah

SHAH ALAM, 12 SEPT: Seramai 25 pelajar menerima tajaan RM20,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi mengikuti Kem Cuti Sekolah Artman di Kajang sempena cuti penggal persekolahan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata peserta dalam kalangan anak asnaf dan beberapa anak kakitangan agensi berkenaan didedahkan dengan pelbagai kegiatan termasuklah pertanian, perikanan dan perladangan sepanjang kem enam hari lima malam.

“Kemudahan di sana lengkap jadi segala aktiviti berjalan lancar. Dalam masa sama peserta berusia lapan hingga 17 tahun itu turut diterapkan dengan program motivasi dan keagamaan,” katanya semalam.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kiri) menyerahkan cek cura tajaan RM20,000 kepada penganjur Kem Cuti Sekolah Artman Masjuki Musuri pada 10 September 2022. Foto Facebook CSR MBI Selangor

Ahmad Azri berkata program anjuran Rumah Pengasih Warga Prihatin di Sungai Ramal, Kajang turut disertai 75 peserta lain.

“Ini merupakan pembabitkan kali pertama MBI dengan penganjur. Melihat manfaatnya yang besar, kita mungkin akan menaja lagi peserta lain pada cuti akhir tahun,” katanya.


Pengarang :