Kanak-kanak tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti pembacaan mereka di dalam perpustakaan bergerak disediakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) | REMY ARIFFIN
PBT SELANGOR

MBSA tawar kemudahan, fasiliti percuma sempena ulang tahun ke-22

SHAH ALAM, 22 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pelbagai insentif sempena sambutan ulang tahun ke-22 bandaraya itu bulan hadapan.

Bahagian korporat dan perhubungan awam dalam kenyataan memaklumkan insentif yang diberikan adalah dalam bentuk penggunaan fasiliti dan kemudahan MBSA secara percuma pada tarikh tertentu.

Menurut MBSA, insentif itu merupakan tanda penghargaan kepada pemegang taruh khususnya penduduk Shah Alam.

Berikut adalah insentif yang ditawarkan MBSA:

– Tempat letak kereta percuma di Bangunan Wisma MBSA dan Hub Seksyen 19 (berhampiran Komuter Seksyen 19) pada 11 Oktober
– Kempen pengurangan kompaun RM10 dan diskaun 70 peratus sepanjang Oktober
– Sewaan dewan serbaguna/ gelanggang MBSA bagi aktiviti sukan secara percuma pada 10 Oktober
– Promosi keahlian percuma Perpustakaan MBSA sepanjang Oktober

Sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh hubungi Bahagian Korporat & Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1723.


Pengarang :