PBTSELANGOR

MBSA tawar RM22,200 dalam Pertandingan Tandas Bersih Shah Alam

SHAH ALAM, 8 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah wang tunai RM22,200 dalam Pertandingan Tandas Bersih Shah Alam.

Menurut MBSA sebanyak enam kategori tandas dipertandingkan membabitkan restoran, stesen minyak, pusat beli belah, rumah ibadat, sekolah rendah dan menengah.

“Premis yang berada dalam kawasan pentadbiran MBSA dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

“Pertandingan ini bagi menggalakkan pemilik premis mengekalkan kebersihan tandas pada tahap terbaik, memuaskan dan bersih agar dapat digunakan bersama,” katanya di Facebook hari ini.

MBSA menerusi poster memaklumkan pemenang pertama bagi setiap kategori bakal membawa pulang RM1,500, tempat kedua (RM1,200) dan tempat ketiga (RM1,000)

Selain wang tunai, pemenang setiap kategori turut menerima sijil penyertaan sekali gus mewakili MBSA dan Shah Alam bagi pertandingan tandas peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Berakhir pada 30 September, MBSA memaklumkan borang penyertaan serta syarat pertandingan boleh didapati menerusi pautan https://forms.gle/i8frt8YRB6g6KFMBA

Maklumat lanjut berkenaan pertanding juga boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 012-374 5554


Pengarang :