Anggota Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor ketika mengadakan sesi latihan penyelamatan di air bertempat di Tasik Puchong Prima pada 24 September 2022. Foto Facebook MBSJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ, bomba anjur latihan menyelamat semasa banjir

SHAH ALAM, 24 SEPT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menganjurkan sesi latihan penyelamatan ketika berdepan bencana banjir bertempat di Tasik Puchong Prima semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata program dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar.

Sesi latihan dan demonstrasi simulasi menyelamat di air itu juga disertai anggota Pejabat Tanah dan Galian Petaling dan skuad pantas MBSJ.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir.

Lapan daerah terlibat adalah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala daerah yang tidak disenarai sebagai ‘hotspot’ ialah Hulu Selangor.


Pengarang :