Penguat kuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) membuat tinjauan di sekitar zon tempat letak kereta dua jam pada 1 September 2022. Foto Facebook MBSJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ kuat kuasa zon tempat letak kereta dua jam

SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menguatkuasakan pelaksanaan zon tempat letak kereta dua jam bermula Khamis lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tempat letak kereta berwarna oren untuk zon dua jam manakala parkir biasa berwarna kuning.

“Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi Smart Selangor Parking di talian 1700-819-612 atau Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03 8024 7700,” tulisnya di Facebook.

Jun lalu, MBSJ memperkenalkan had masa dua jam maksimum bagi tempat letak kereta di kawasan terpilih untuk mengelak masalah parkir selain mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Pelaksanaan itu merangkumi enam jalan utama iaitu Jalan USJ 10, Jalan SS12, Jalan SS15, Jalan USJ 21, Jalan Bandar Puteri dan Jalan Kenari.


Pengarang :