Sebanyak 71.8 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Sunway Resort. Foto Facebook MBSJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSJ, Sunway kutip 71.8kg sampah sempena Hari Pembersihan Sedunia

SHAH ALAM, 17 SEPT: Sebanyak 71.8 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Sunway Resort dalam program sempena Hari Pembersihan Sedunia, semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan aktiviti pembersihan sampah dan pengasingan barangan kitar semula berkenaan dilaksanakan di sekitar kawasan Sunway.

Menurutnya seramai 66 peserta terdiri daripada kakitangan MBSJ dan Sunway Resort mengambil bahagian dalam program bertemakan ‘This Is The Only Home We Have’.

“Sebanyak 41.5kg sampah yang berjaya dikutip, manakala 30.3kg adalah terdiri daripada barangan kitar semula, dengan jumlah keseluruhan 71.8 kg.

“Tahniah kepada semua yang telah menyumbang ke arah bandar raya yang lebih bersih, ceria dan indah! Subang Jaya gemilang bersama,” katanya di Facebook.


Pengarang :