EXCOSELANGOR

Mohon Skim Rawatan Jantung, pesakit terima pembiayaan RM50,000

SHAH ALAM, 28 SEPT: Kerajaan Selangor mempelawa golongan berpendapatan rendah (B40) memohon Skim Rawatan Jantung yang menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kos pembiayaan sehingga RM50,000 akan diberikan bagi rawatan jantung kepada individu yang layak.

“Skim Rawatan Jantung menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Pemohon mestilah golongan B40 dan M40 dengan had maksimum pendapatan RM8,000, lahir atau bermastautin di Selangor sekurangnya 10 tahun,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim berkenaan menerusi www.pedulisihat.com/cvs


Pengarang :