Pengunjung terlibat dalam aktiviti berbasikal dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 22 Mei 2022. Foto MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPAJ anjur kayuhan santai bertema patriotik Ahad ini

SHAH ALAM, 8 SEPT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan kayuhan santai sempena sambutan ulang tahunnya ke-30 dan Hari Tanpa Kenderaan (HTK) bulan September Ahad ini.

Program Kayuhan Santai 30 MPAJ 2022 yang diadakan di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah turut mengadakan pertandingan pakaian beragam bertemakan patriotik.

Menerusi kenyataan, katanya program dengan kerjasama Warga Ampang Riders (WAR) akan bermula jam 7.30 pagi dari Padang Perbandaran MPAJ melalui kawasan sekitar Ampang Jaya sejauh 30 kilometer.

Bertemakan Hari Kebangsaan turut diadakan ialah pertandingan kategori pakaian tercantik lelaki dan wanita serta basikal tercantik.

Peserta hanya perlu membayar yuran RM30 dan menerima antaranya t-shirt kayuhan, insurans berkelompok dan layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.

Pendaftaran boleh dibuat melalui https://form.jotform.com/222377105875460 atau hubungi
http://www.wasap.my/60183184932 (Ku Ariffin).

Bagi pakaian beragam, penyertaan percuma dan terbuka kepada lelaki dan wanita bagi tiga kategori iaitu kanak-kanak (7 -12 tahun), remaja (13-17 tahun) dan dewasa (18 tahun ke atas). Johan bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM300.

Pendaftaran boleh dibuat melalui https://forms.gle/991N2tVSw84ExeWr8 bagi kategori
lelaki dan https://forms.gle/SiK4vMUukZoazznMA bagi kategori wanita.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi http://www.wasap.my/60105343292
(Norhanim).


Pengarang :