Sebahagian blok di Flat PKNS, Seksyen 16, Shah Alam yang perlu diberi nafas baharu sejak dibina pada 1969. Foto Facebook Sahabat Shah Alam
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Najwan: Flat PKNS perlu nafas baharu, bukan baik pulih sementara

SHAH ALAM, 8 SEPT: Flat PKNS di Seksyen 16 di sini perlu diberi nafas baharu secara menyeluruh dan bukan hanya sekadar baik pulih sementara, kata wakil rakyat Kota Anggerik.

Menurut Najwan Halimi, kedudukan pangsapuri berkenaan di tengah-tengah bandar raya Shah Alam menyebabkan ia perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri.

“Sudah tiba masanya Kerajaan Selangor tidak hanya memberi fokus kepada projek perumahan baharu, tetapi melupakan projek perumahan lama sedia ada.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halim bercakap kepada media selepas program sumbangan juadah berbuka kepada anak-anak yatim oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Chef Ammar di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam pada 21 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Selain itu, saya juga berharap kita mempunyai pelan tindakan secara jangka masa panjang dengan mengambil contoh Singapura dalam menguruskan projek perumahan rakyat mereka,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada program bual bicara secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV kelmarin.

Najwan ketika membahaskan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor Ogos lalu mencadangkan pembangunan semula flat itu dimasukkan dalam pelan berkenaan.

Beliau turut memuji pelaksanaan rancangan lima tahun itu, yang disifatkan wajar dijadikan contoh kepada semua negeri termasuk kerajaan persekutuan dalam merencana pelan pembangunan.

RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.


Pengarang :