Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melihat pelan projek tebatan banjir di Taman Melawis, Klang pada 10 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Negeri arah jawatankuasa urus bencana siap siaga hadapi banjir

SHAH ALAM, 14 SEPT: Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) digesa bersiap siaga bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut dengan jangkaan taburan hujan meningkat mulai Oktober hingga Disember.

Gesaan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim menerusi surat arahan yang berkuat kuasa hari ini sebagai persiapan menghadapi kemungkinan banjir, banjir kilat, ribut dan kejadian tanah runtuh dibeberapa kawasan.

Berikut adalah intipati arahan berkenaan:

  •  pengerusi JPBD diarah mesyuarat segera urus aset, pemindahan dan menyelamat, pusat pemindahan dan bekalan bahan mentah
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklum kawasan berisiko banjir kepada JPBD
  • JPS kerjasama dengan PBT dan Jabatan Kerja Raya (JKR) selenggara pelan lokasi banjir
  • Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Briged 11 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan PBT sedia garis panduan pusat pemindahan sementara, asing mangsa positif Covid-19
  • kemas kini semua aset operasi cari dan selamat (SAR) dan letak di lokasi strategik
  • pastikan pusat pemindahan mangsa bencana dan bekalan bencana JKM dalam keadaann baik dan cukup
  • pastikan semua pam air JPS dan aset berkaitan dalam keadaan baik
  • edar peraturan tetap operasi tindakbalas hadapi bencana kepada semua agensi berkaitan

Selain itu, surat sama turut melampirkan ramalan taburan hujan bulanan sepanjang September hingga Disember daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jadual ramalan purata taburan hujan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia

Turut dilampirkan senarai kawasan berisiko banjir dan banjir kilat disemua daerah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.


Pengarang :