EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah bercakap kepada media ketika hadir meninjau ke tapak projek terbengkalai pembesaran di Kampung Koskan Bandar Serendah, Hulu Selangor pada 23 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri selamatkan lapan projek rumah terbengkalai, empat di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 23 SEPT: Kerajaan Negeri mengenal pasti lapan projek terbengkalai di negeri ini perlu diselamatkan, kata EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar.

Rodziah Ismail berkata semua projek berkenaan telah diambil tindakan dengan empat daripadanya di Hulu Selangor membabitkan pembinaan infrastruktur.

“Di Hulu Selangor sahaja empat iaitu di sini (Kampung Koskan), Kampung Melayu Rasa, Lembah Beringin dan Serendah Perdana.

“Alhamdulilah keempat-empat ini dan kawasan lain kita sudah ada jalan penyelesaian dan kita akan tunjukkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau projek pemulihan di Kampung Koskan di sini, hari ini.

Menurut Rodziah kesilapan kaeadah lama di mana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memilih sendiri kontraktor perlu dijadikan pengajaran.

“Mereka hanya buat rumah sahaja tanpa memikirkan jalan, infrastruktur jadi pembeli ini mungkin tertipu…. sebab itu kita sekarang ini guna kaedah rumah SelangorKu lebih mudah kita siapkan rumah berkenaan.

“Berbanding cara terdahulu dengan memberi tanah dan JKKK memilih kontraktor, kaedah ini kita tidak lagi gunakan sejak 2008,” katanya.

Sebelum ini syarat pembinaan rumah di negeri ini disemak dan diperketat dari semasa ke semasa bagi mengatasi isu projek terbengkalai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diarah mengenal pasti senarai pemaju yang menyiapkan projek seperti dijadualkan.


Pengarang :