Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diiringi oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi kata-kata semangat kepada atlet Selangor pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Selangor ke Sukan Sea dan Sukan Komanwel 2022 di Istana Alam Shah, Klang pada 6 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri sokong penuh perancangan MSN tingkat kecemerlangan sukan

KLANG, 6 SEPT: Kerajaan Negeri menyokong dan memberi komitmen penuh setiap perancangan diatur Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor bagi memastikan kecemerlangan bidang itu.

Dato’ Menteri Besar berkata kejayaan tidak hanya bergantung kepada atlet, jurulatih berpengalaman atau kemudahan mencukupi tetapi turut dipengaruhi komitmen tinggi semua pihak.

“Perkara ini perlu menjadi asas penting dalam meningkatkan lagi prestasi serta kegemilangan sukan di Selangor. Kerajaan Negeri sendiri sememangnya sentiasa memberi sokongan dan komitmen penuh dalam setiap perancangan yang diatur MSN,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau bercakap pada majlis penyerahan insentif kemenangan atlet Selangor di Sukan SEA Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan insentif kepada 24 atlet yang berjaya menyumbang pingat kepada Kontinjen Malaysia.

Pemain badminton beregu wanita M Thinaah, 24, mengetuai senarai dengan menerima RM23,000 susulan kejayaannya menyumbang dua pingat emas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini.


Pengarang :