EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman melawat keluarga Muhaimin Mohd Said yang maut kemalangan di Rantau Panjang, Klang pada 26 September 2022. Foto Facebook Mohd Khairuddin Othman
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri sumbang RM10,000, bantu keluarga penunggang e-panggilan ditimpa kemalangan 

SHAH ALAM, 26 SEPT: Kerajaan Selangor menyumbang RM10,000 kepada dua keluarga pekerja Grab Food yang terbabit kemalangan dengan salah seorang maut di Jalan Haji Sirat, Meru pada Khamis.

Sumbangan diserahkan oleh EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman di rumah keluarga arwah Muhaimin Mohd Said di Rantau Panjang, Klang, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata pihaknya menggesa supaya kejadian menimpa Muhaimin, 34, yang baru berkahwin dua minggu lalu disiasat mengikut mengikut akta kanun keseksaan.

Beliau turut menggesa Kementerian Sumber Manusia meminda akta pekerja demi manjaga kebajikan golongan sektor e-panggilan yang sentiasa terdedah risiko kemalangan.

“Kerajaan Negeri akan berbincang dengan persatuan atau wakil industri ini untuk  menginsurankan pekerja bawah Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN).

“Dalam masa sama Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) akan diteruskan kepada pekerja e-panggilan yang layak,” katanya menerusi kenyataan.

RiDE merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang menawarkan subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus e-panggilan bernilai RM150 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.

Khamis lalu, Muhaimin maut di tempat kejadian selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) manakala seorang lagi mangsa cedera parah.


Pengarang :