AGENDANASIONAL

Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 1 pagi Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatannya sehingga pukul 1 pagi pada 1 Oktober ini di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil bagi meyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.

Dalam kenyataan hari ini Rapid KL memaklumkan stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

“Pengguna diminta menggunakan kad Touch N’ Go untuk kelancaran perjalanan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengikuti laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL untuk maklumat lanjut.

– BERNAMA

 


Pengarang :