AGENDANASIONAL

Pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam kereta berselubung kanvas

MELAKA, 7 SEPT: Dua individu dipercayai pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi bangunan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Permata Lubuk China, Alor Gajah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.26 pagi tadi daripada orang awam yang mendapati dua individu tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit.

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 20 tahun, manakala pasangannya merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun.

“Ketika ditemukan, keadaan kenderaan berkenaan berselubung dengan kanvas penutup kereta dan enjin kenderaan dalam keadaan mati.

“Mayat kedua-dua mangsa, yang merupakan penduduk tempatan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – BERNAMA


Pengarang :