Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman. Foto Facebook Bernama TV
AGENDANASIONAL

Pelakon Bob Lokman meninggal dunia akibat penyakit jantung

KOTA BHARU, 23 SEPT: Penulis lirik, pelakon dan pelawak Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman, 58, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 3 petang ini dipercayai akibat komplikasi jantung.

Adiknya, Nazir Hakim Lokman, 32, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir Kubang Kerian,” katanya.

Bob Lokman meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh anak.

Allahyarham juga adalah penulis lirik beberapa lagu popular seperti Isabella dendangan kumpulan Search dan Taman Rashidah Utama nyanyian Wings.

– BERNAMA


Pengarang :