AGENSISELANGOR

Peluang wanita jadi usahawan, Hijrah tawar pembiayaan hingga RM5,000

SHAH ALAM, 15 SEPT: Golongan wanita yang berhasrat memulakan perniagaan kecil-kecilan disaran memohon skim pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NaDI).

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berkata skim yang menawarkan pembiayaan RM1,000 hingga RM5,000 sebagai modal perniagaan boleh dimohon menerusi pautan menerusi http://mikrokredit.selangor.gov.my/ atau menghubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangannya.

“Skim ini terbuka kepada seluruh rakyat Selangor khususnya wanita yang mewakili isi rumah dengan syarat pembiayaan yang sangat mudah,” tulisnya di Facebook.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  •  khusus untuk wanita
  •  warganegara Malaysia
  •  rakyat Selangor atau bermastautin lebih lima tahun
  •  mengundi di Selangor
  •  18 hingga 65 tahun
  •  setuju bentuk tiga orang dalam satu kumpulan

Sebelum ini, Hijrah menyasarkan 1,722 pemohonan skim berkenaan sepanjang tahun ini dengan jumlah pembiayaan RM8.61 juta.

Menerusi Belanjawan Selangor 2022, Kerajaan Negeri memperuntuk RM120 juta untuk pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu bawah Hijrah yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000.

Selain NaDi, Hijrah turut menawarkan Zero to Hero, Go Digital, i-Lestari, i-Agro, i-Bisnes dan i-Bermusim yang kesemuanya berfungsi memperkasa usahawan negeri.

Skim pembiayaan berkenaan selari dengan hasrat negeri yang mahu ramai rakyat memiliki wang tambahan untuk menyara hidup.


Pengarang :