Pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mewakili negara dalam UEFA Development Tournament bawah 15 tahun di Skopje, Macedonia Utara mulai 5 hingga 10 September 2022. Foto Facebook FAM
AGENDASUKANKINI

Pemain Akademi Mokhtar Dahari wakili negara kejohanan bawah 15 tahun

SHAH ALAM, 2 SEPT: Pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mewakili negara dalam UEFA Development Tournament bawah 15 tahun (B-15) di Skopje, Macedonia Utara.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pasukan negara dijadual menentang Kosovo, Macedonia dan Armenia dalam kejohanan yang berlangsung mulai 5 hingga 10 September.

“Skuad B-15 kebangsaan kendalian Ekhsan Bukharee Badarul Hisham berlepas ke Skopje, Macedonia Utara bagi menghadapi UEFA Development Tournament di bawah program UEFA Assist.

“Barisan pemain dari AMD B-14 ini membawa cabaran Malaysia untuk perlawanan menentang Kosovo pada 5 September, Macedonia pada 7 September dan Armenia pada 10 September 2022,” maklumnya di Facebook.


Pengarang :