Orang ramai melakukan aktiviti senaman dan berjoging di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau kenali sebagai Padang Polo, Ipoh pada 11 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemberian insurans RM10,000 langkah tepat bantu rakyat

SEPANG, 1 SEPT: Rata-rata penduduk menyokong usaha Kerajaan Negeri memberi perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya sambil menyifatkan ia langkah tepat.

Suri rumah, Inder Pall Kaur, 51, berkata berdasar pengalamannya selama 10 tahun sebagai ejen insurans sambilan, ramai yang tidak mempunyai kemudahan itu kerana kekangan hidup dan kurang berkemampuan.

Inder Pall Kaur

“Oleh demikian inisiatif Kerajaan Selangor amat bagus dan mereka perlu memanfaatkannya terutama apabila melibatkan kematian dan kemalangan,” katanya kepada SelangorKini.

Bagi Azman Ngadni, 55, inisiatif tersebut amat menarik kerana insurans banyak memberi manfaat sekiranya berlaku sebarang musibah.

“Saya pernah memiliki insurans ketika bekerja tetapi terpaksa membatalkannya selepas berhenti daripada kerja 10 tahun lalu.

Azman Ngadni

“Namun, apabila Kerajaan Negeri memberi perlindungan insurans seperti ini, saya akan cuba memohonnya dan berharap proses permohonan mudah,” katanya.

Kelmarin, Dato’ Menteri Besar mengumumkan enam juta rakyat Selangor bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Ditawarkan buat penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun, inisiatif Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bagi membantu meringankan beban mereka yang dihimpit masalah.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion boleh didaftar mulai 1 Oktober ini.


Pengarang :