AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemenang anugerah sastera diumum malam ini, siaran langsung di SelangorTV

SHAH ALAM, 10 SEPT: Seramai 15 pemenang anugerah Hadiah Sastera Selangor 2021 diumum dalam majlis yang bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari malam ini.

Berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur program turut dipancar menerusi YouTube SelangorTV dan Facebook MediaSelangor.

Tiga pemenang utama kategori cerpen, puisi dan esei membawa pulang tunai RM5,000 manakala empat penulis setiap kategori memenangi RM1,000.

Buku SiPena V yang menghimpunkan karya pemenang 2020 dan 2021 juga dilancarkan. Turut diluncur, buku Gelagat dan Ragam Orang Melayu, Tunku: Kelana Penuh Cinta dan Sejarah Selangor 1766-1939.

Program sejak 2015 ilham Amirudin ketika menjadi EXCO kebudayaan. Pemenang dipilih hasil penilaian karya yang terbit di Selangorkini, Dewan Sastera, Svara dan Tukang Puisi.


Pengarang :