Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk boleh dapatkan barangan asas murah di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 15 SEPT: Program jualan murah barangan asas diteruskan ke sembilan lokasi esok sempena sambutan Hari Malaysia mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi penganjuran di Balai Raya Parit 1 Barat dan Dataran Balai Rakyat, Taman Berjaya di Sabak Bernam; Dataran Kalumpang (DUN Hulu Bernam), Hulu Bernam dan Pejabat Penghulu Mukim Beranang, Semenyih.

Inisiatif Jualan Ehsan Rakyat itu turut diadakan di perkarangan Surau Falahiyah Kampung Pasir, Hulu Kelang; tapak pasar malam Seksyen 8, Kota Damansara dan Kompleks PKNS Bangi.

Program turut dijadual berlangsung di Jalan Seri Perepat 1, Meru dan Taman Pahlawan, Sijangkang membabitkan jualan enam barangan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Inisiatif kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.


Pengarang :