Pengunjung menjalani pemeriksaan kesihatan percuma Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKIN
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk Seri Serdang dipelawa sertai saringan kesihatan secara percuma

SHAH ALAM, 6 SEPT: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang dipelawa menjalani saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri pada Ahad ini.

Pusat Khidmat Masyarakat Seri Serdang memaklumkan program diadakan di Dewan Serbaguna MBSJ Putra Permai, LP3, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan.

Bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang, orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan slot menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Program terbuka kepada semua penduduk, individu yang mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain.

“Individu yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan juga digalakkan hadir,” katanya menerusi Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Selain mengesan barah payu dara, program hingga 4 September turut menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

 


Pengarang :