Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Penganut Hindu dipelawa mohon bantuan MBI sempena Deepavali

SHAH ALAM, 26 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM500,000 bagi membantu penduduk selain Islam menyediakan kelengkapan raya tahun ini.

Susulan itu, penganut Hindu dipelawa memohon bantuan berkenaan di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sempena sambutan Deepavali bulan depan, kata ketua tanggungjawab sosial korporatnya.

“Peruntukan masih berbaki kira-kira RM400,000. Keluarga berpendapatan rendah dialu-alukan untuk memohon supaya beban belanja dapat dikurangkan.

“Inisiatif disalur sama ada berupa wang tunai atau bakul makanan. Jadi mana-mana keluarga Hindu yang memerlukan bantuan supaya segera memohon,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada SelangorKini.

Tahun ini Selangor turut menyediakan bantuan Jom Shopping Raya melibatkan dana sebanyak RM8 juta dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

Insentif menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai langkah jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :