AGENDANASIONAL

Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

KUANTAN, 10 SEPT: Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok yang tumbang di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.17 malam sebelum tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba pasukan bomba telah menjalankan operasi mengeluarkan Muhammad Mustaqim Noor Azhar, 21, daripada timbunan pokok, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang beralamat di Taman Hijau, Karak diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

– BERNAMA


Pengarang :