Mekanik membaiki motosikal yang rosak dilanda banjir ketika tinjauan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 3 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Periksa motosikal percuma di program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ

SHAH ALAM, 9 SEPT: Khidmat periksa motosikal secara percuma disediakan pada program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ahad ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata turut disediakan adalah khidmat gunting rambut percuma, karaoke terbuka, belon taman permainan kanak-kanak dan pameran Toyota.

“Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. Jangan lepaskan peluang ini. Jom beramai-ramai kita memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ,” tulisnya di Facebook.

Program yang seawal 6.30 pagi hingga 12 tengah hari akan berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

Program Hari Tanpa Kenderaan MPAJ diadakan setiap Ahad minggu kedua setiap bulan yang menyajikan pelbagai acara dan hadiah menarik kepada penduduk.


Pengarang :