Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Rasa tertekan, gelisah? Hubungi talian Sehat untuk bantuan kaunseling

SHAH ALAM, 15 SEPT: Individu yang mengalami tekanan, kegelisahan dan kemurungan diminta meluahkan kepada kaunselor bertauliah dengan menghubungi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kebanyakan yang berdepan gangguan itu berat untuk berkongsi perasaan dan cenderung menyendiri, malah berharap ia reda sendiri.

Beliau menjelaskan antara punca utama peningkatan gangguan kesihatan mental ketika ini ialah hilang pekerjaan, tekanan kerja, kewangan tidak stabil serta keganasan rumah tangga.

“Sebahagiannya merasakan ia hanya perkara kecil dan tidak perlu diketahui orang lain, namun sikap ini sebenarnya amat bahaya dan hanya akan memakan diri.

“Jangan ambil mudah. Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah. Kami sedia mendengar,” katanya di Facebook hari ini.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari www.drsitimariah.com/sehat.


Pengarang :