Petugas keselamatan ketika menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan di Kilometer 59.5, Jalan Ipoh-Gerik pada 3 September 2022. Foto Facebook Apm Kuala Kangsar Page
AGENDANASIONAL

Remaja maut, kanak-kanak dan bayi antara cedera kereta bertembung

SHAH ALAM, 4 SEPT: Seorang remaja lelaki maut manakala enam termasuk bayi cedera selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 59.5, Jalan Ipoh-Gerik semalam.

Ketua polis daerah Kuala Kangsar berkata nahas berlaku apabila Perodua Axia dinaiki remaja itu dipercayai memasuki laluan Nissan Navara dari arah bertentangan, lapor Berita Harian.

“Kejadian berlaku ketika pemandu Perodua Axia berkenaan dari arah Gerik menuju Kuala Kangsar manakala pemandu Nissan Navara dari arah bertentangan.

“Kesemua yang berada dalam Nissan Navara beralamat di Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan,” kata Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob.

Jelas beliau mangsa yang cedera ialah pemandu Nissan Navara selain penumpang kenderaan berkenaan iaitu kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, bayi perempuan berusia setahun dan wanita berusia 38 tahun.

Turut cedera, katanya, pemandu Perodua Axia serta lelaki berusia 35 tahun yang menaiki kereta sama. Manakala bayi lelaki berusia dua bulan di tempat duduk penumpang belakang Nissan Navara tidak cedera.


Pengarang :