Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sabak Bernam diramal ribut petir, hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 21 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam hingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut berlaku di negeri lain antaranya seluruh Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

Manakala Kedah di Kubang Pasu, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Cuaca buruk juga diramal di Jeli dan Tanah Merah, Kelantan; Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Bera).

Sabah pula di Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :