Logo SUKMA 2022
AGENDASUKANKINI

Saingan acara angkat berat SUKMA ditunda esok

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 memutuskan saingan sukan angkat berat ditunda sehari kepada 20 September berbanding jadual asal yang bermula hari ini.

Menerusi kenyataan ringkas lewat malam semalam, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat dipengerusikan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan dihadiri semua wakil Majlis Sukan Negeri.

Pada edisi SUKMA kali ini, sukan angkat berat yang dijadual berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya selama empat hari menawarkan sebanyak 16 pingat emas.

– BERNAMA


Pengarang :