Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Saring pemikiran negatif, hubungi talian Sehat untuk kaunseling

SHAH ALAM, 24 SEPT: Tidak dinafikan perkara negatif mudah terlintas dalam fikiran seseorang berada dalam tekanan yang kemudian menjurus kepada tindakan yang lebih buruk.

Justeru itu, EXCO kesihatan awam menyeru individu terbabit menyaring pemikiran seumpama itu selain mendapatkan pakar menerusi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

Menurut Dr Siti Mariah Mahmud, terdapat tiga kaedah mengendalikan pemikiran negatif antaranya elak mencipta perkara negatif dan cipta perkara positif untuk diri sendiri.

“Jangan serap hal-hal yang berlaku di sekeliling terutama yang tiada kena mengena dengan diri sendiri.

“Jika perlukan seseorang untuk mendengar dan mendapatkan nasihat, hubungi kaunselor Sehat,” tulisnya di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi di talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat.


Pengarang :