Peserta membuat pemeriksaan kesihatan menerusi program Selangor Saring DUN Batu Tiga di Dewan Heritier, Shah Alam pada 21 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Saringan kesihatan percuma empat DUN di tiga lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 2 SEPT: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri berlangsung di tiga lokasi hujung minggu ini.

Program diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu dan DUN Batang Kali pada esok.

Manakala, pada Ahad, program diadakan di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Hulu Langat (DUN Kajang) dan Dewan Sri Kundang, Kampung Kundang (DUN Tanjong Sepat).

Program Selangor Saring dijadual berlangsung jam 9 pagi hingga 4 petang boleh didaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Selain mengesan barah payu dara, program hingga 4 September turut menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :